Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Rakyat Kedah diseru segera dapatkan vaksin

Rakyat Kedah diseru segera dapatkan vaksin

oleh Ammar Haziq

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru rakyat Kedah khususnya golongan belia untuk mendaftar sebagai penerima vaksin di negeri Kedah.

Pihak kami selaku sayap parti Islam yang menjunjung dasar baik negara juga menyokong slogan KKM iaitu “Lindung Diri Lindung Semua” demi membina imuniti kelompok yang membantu mengurangkan risiko pandemik COVID19 dan risiko kematian akibatnya.

Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan bermula secara rasmi pada Februari 2021 apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin di negara ini.

Namun begitu di negeri Kedah hanya pendaftaran sehingga 25 Mei 2021 menunjukkan hanya 571610 sudah daftar sebagai penerima.

Angka ini hanya mewakili 35.7% rakyat Kedah dan ianya sangat rendah dari sasaran kerajaan.

Jangkaan awal adalah sekitar 1.76 juta rakyat yang akan menerima vaksin untuk mencapai Imuniti kelompok 70-8-% populasi Kedah.

Marilah bersama kita mendaftar melalui kaedah Aplikasi My sejahtera yang interaktif dan hanya dihujung tangan kita sahaja.

Kami menyeru para pemuda PAS dan seluruh golongan belia agar membawa suara kerajaan negeri untuk mengajak sanak saudara dan keluarga untuk mendaftar serta menyokong program imunisasi ini.

Kebanyakkan pimpinan utama parti PAS termasuk YB Tuan Guru Presiden selesai divaksin dan ianya Insya Allah selamat.

Kami juga menegaskan bahawa kempen kita adalah berlandaskan pegangan agama selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia membantu mencegah mudharat nyawa yang dijaga oleh syarak.

Kita jaga kita, lindung diri lindung semua.

Yang Benar,

Abdul Hadi Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com