Tuesday, 7, May, 2024
Utama Negeri PKPD: rentas daerah beli sarapan pagi, tidak pasal-pasal kena kompaun

PKPD: rentas daerah beli sarapan pagi, tidak pasal-pasal kena kompaun

oleh Ammar Haziq

Tindakan individu yang mahu merentas daerah semata-mata untuk membeli sarapan pagi membawa padah apabila dikompaun di laluan tikus di Kampung Alor Ganu, Alor Setar pada pagi Rabu.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lapan individu masing-masing telah dikompaun RM5,000 atas kesalahan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Daerah Kota Setar.

Menurutnya, kompaun dikeluarkan kerana mereka tidak mempunyai kebenaran untuk merentas daerah selain memberikan alasan remeh.


“Antara alasan-alasan yang diberikan oleh mereka yang dikompaun pada hari ini alasan yang remeh untuk mendapat bekalan sarapan, untuk pergi kedai dobi, nak ziarah orang tua mak bapa tapi mereka harus sedar ini adalah kawasan Kota Setar masih lagi dibawah PKPD.


“Di sebelah sana Kubang Pasu dibawah PKP. jadi pergerakan merentas daerah adalah satu kesalahan yang boleh dikompaun” Katanya pada sidang media pada Rabu. 


Mengulas lanjut, Ahmad Shukri berkata, laluan tikus sempadan Daerah Kota Setar -Kubang sering menjadi tumpuan penduduk untuk merentas daerah tanpa sempadan.


“Pihak kami akan mengadakan pemantauan secara berkala untuk memastikan rakyat mematuhi SOP,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com