Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Berniaga sambil bersedekah kepada follower FB

Berniaga sambil bersedekah kepada follower FB

oleh Ammar Haziq
Muhammad Azlan Al-Amin

“Asbab follower di Facebook dan juga sokongan masyarakat setempat menyebabkan kita berjaya. Sebab itulah saya membuat kuiz ini untuk berkongsi rezeki dengan Follower di Facebook Azlan Al-Amin,” kata Usahawan hartanah, Muhammad Azlan Al-Amin kepada Kedah Gazette.

Menurutnya, beliau menyediakan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya meneka dengan tepat empat nombor terakhir nombor telefonnya bermula 27 Mei lalu.

“Sambutan cukup mengalakkan kerana komen yang menyertai peraduan ini lebih 70,000 di tiga Facebook Azlan Al-Amin sejak dibuka.

“Akhirnya kami mengambil keputusan untuk memilih 10 pemenang yang berjaya meneka dengan tepat dan terawal. Setiap pemenang menerima RM100 setiap seorang,” ujarnya.

Hadiah pemenang telah diberikan sejak 28 Mei melalui transaksi pemindahan wang.

Muhammad Azlan yang juga Pengasas dan Pengerusi Koperasi Azlan Al Amin Group Holdings berkata, nombor telefonnya itu tidak diketahui oleh sesiapa kerana baharu dibelinya tiga hari sebelum peraduan tersebut diadakan.

“Alhamdulillah sejak petang kemarin sehingga sekarang kat 3 FB kita,post kita dapat Share dalam 14,000. Komen sekitar lebih 70,000 dan memang jelas memberikan kesukaran kepada pegawai-pegawai saya untuk mencari pemenangnya,” katanya.

Jelasnya, peraduan yang diadakan itu juga adalah untuk mempromosikan Koperasi Azlan Al Amin Group Holdings dan mengajak sebeberapa ramai yang berminat dari seluruh negara untuk menjadi ahlinya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com