𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐀𝐑𝐊𝐄𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐔, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
1. Tapak arkeologi Sungai Batu telah diwartakan sebagai tapak Warisan Kebangsaan pada 20 April 2017.
2. Tapak ini diselenggara dan dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) melalui Pejabat Jabatan Warisan Negara Zon Utara. Disini juga terdapat pejabat lapangan JWN yang mana ditempatkan pegawai JWN sendiri untuk memantau tapak serta pegawal keselamatan yang menjaga dan memastikan tapak ini terpelihara di samping menguruskan kehadiran pelawat dan penyelidik di tapak ini.
3. Universiti Sains Malaysia (USM) juga mempunyai pusat lapangan di Sungai Batu bagi meneruskan penyelidikan dan ekskavasi di tapak ini.
4. JWN pernah membuat Permohonan dalam RMK-11 sebelum ini dan pada RMK-12, sekali lagi JWN telah memohon untuk pembangunan tapak tersebut dan sedang menunggu maklum balas pada perkara tersebut. JWN sentiasa komited dalam mendapatkan peruntukan bagi pembangunan dan pemuliharaan serta pemeliharaan tempat-tempat warisan tersebut.
5. JWN juga bercadang untuk mengangkat tapak arkeologi Kedah Tua/Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia UNESCO setelah kajian selesai mengenai keseluruhan tapak.
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐳𝐦𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐘𝐮𝐬𝐨𝐟
Ketua PengarahJabatan Warisan Negara
27 September 2021