Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Individu berpakaian mencolok mata di KFW22 bukan wanita tulen

Individu berpakaian mencolok mata di KFW22 bukan wanita tulen

oleh Ammar Haziq
Foto tular.

Individu yang berpakaian mencolok mata pada Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) minggu lalu hingga mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen bukanlah seorang ‘wanita tulen’. 

Sebaliknya menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman, individu tersebut merupakan seorang ‘mak nyah’ yang tidak pun dijemput untuk memperagakan pakaian dalam KFW22. 

Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya hasil pertemuan dijalankan bersama pihak pusat membeli belah Aman Central, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat Daerah Kota Setar. 

“Difahamkan individu berkenaan adalah seorang mak nyah yang berlakon seperti seorang model, menggayakan pakaian tidak sesuai, mengambil gambar serta video dan memuat naik ke media sosial. 

“Tindakan individu berkenaan dipercayai dibuat secara peribadi, selepas acara pertunjukan fesyen itu tamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Sejak beberapa hari lalu tular tindakan seorang individu yang memakai baju mencolok mata hingga menyebabkan acara tersebut menjadi kecaman di media sosial. 

Pihak penganjur iaitu pusat membeli belah Aman Central turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan individu berkenaan yang disifatkan tidak mencerminkan kod etika pemakaian ditetapkan. 

Mengulas lanjut Mohd. Hayati berkata, pihak kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya mengikut peruntukan peraturan dan undang-undang sedia ada. 

“Kerajaan negeri juga berhasrat untuk mengkaji bagi memperkemaskan peraturan-peraturan kecil yang berkaitan hiburan dan pertunjukan supaya lebih menepati adat budaya dan tatasusila negeri Kedah,” katanya. 

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com