Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Awak-awak bot nelayan ditemukan lemas

Awak-awak bot nelayan ditemukan lemas

oleh Ammar Haziq
Mayat berjaya dibawa naik ke bot penyelamat milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berikutan keadaan laut yang agak teruk dan muara yang cetek. FOTO MARITIM

KUALA KEDAH, 13 Mei – Mayat awak-awak bot yang dikhuatiri lemas semalam telah ditemui terapung oleh bot nelayan tempatan di kedudukan 2.0 batu nautika dari Pulau Bidan, Yan pada jam 8.30 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, mayat tersebut ditemui dengan masih lengkap berpakaian.

Mayat berjaya dibawa naik ke bot penyelamat milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berikutan keadaan laut yang agak teruk dan muara yang cetek.

Mayat kemudiannya dibawa ke Jeti Sungai Udang Yan dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) ditamatkan pada jam 10.30 pagi.

Maritim Malaysia khususnya Zon Maritim Kuala Kedah mengingatkan semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).

Zon Maritim Kuala Kedah juga meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com