Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Jangan panik, gula banyak di Kubang Pasu

Jangan panik, gula banyak di Kubang Pasu

oleh Ammar Haziq
Anggota penguatkuasaan KPDN Kedah menunjukkan stok gula yang masih banyak di sebuah kedai semasa meninjau aduan kekurangan bekalan tersebut di Kubang Pasu pada Khamis.

KUBANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah memberi jaminan bekalan gula di Daerah Kubang Pasu mencukupi dan pengguna tidak perlu panik dengan isu membabitkan komoditi tersebut. 


Pengarah KPDN Negeri Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, KPDN Kubang Pasu telah melakukan pemeriksaan terhadap premis pemborong danperuncit rentetan daripada beberapa aduan rakyat tempatan.


Menurutnya, penduduk setempat sebelum ini menyatakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan gula di sekitar kawasan Kubang Pasu. 


“Hasil tinjauan dan pemeriksaan di premis sekitar mendapati stok gula masih banyak dan mencukupi.


“KPDN juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pemborong utama gula bagi membincangkan dan mencari langkah untuk mengelakkan kejadian kekurangan bekalan gula dalam pasaran berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.


Tambahnya, pengguna dinasihat supaya tidak membuat pembelian panik sehingga boleh menimbulkan kacau ganggu terhadap bekalan gula di negeri ini. 


“Peniaga atau pemborong turut diingatkan supaya tidak menyorokkan gula dan menaikkan harga gula sesuka hati yang membolehkan tindakan tegas dikenakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujar beliau. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com