Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Pegawai maritim hilang semasa mendaki Telaga Tujuh di Langkawi

Pegawai maritim hilang semasa mendaki Telaga Tujuh di Langkawi

oleh Ammar Haziq
Mohd Ridhaudden Rosman, 32, bertugas di Bahagia Carilamat (SAR) Putrajaya dan datang ke Langkawi terlibat dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2023 (LIMA ’23).

LANGKAWI – Polis menerima laporan kehilangan seorang pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang hilang ketika mendaki Telaga Tujuh di Gunung Matchincang, pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata,laporan tersebut dibuat oleh rakan sebiliknya pada jam 12.47 tengah malam tadi.


Menurutnya, mangsa dikenal pasti Mohd Ridhaudden Rosman, 32, bertugas di Bahagia Carilamat (SAR) Putrajaya dan datang ke pulau ini terlibat dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2023 (LIMA ’23).


“Anggota polis menemui motosikal yang digunakan mangsa berada di kawasan letak kenderaan di Telaga Tujuh.

“Semakan dari status WhatsApp mangsa mendapati kali terakhir mangsa memuat status tiba di puncak Telaga Tujuh adalah pada jam 4.45 petang Rabu dan berkomunikasi dengan isteri sekitar jam 5.15 petang,” katanya semasa dihubungi pemberita pada Khamis.

Shariman (kiri) berkata Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudahpun diaktifkan untuk mencari mangsa di Telaga Tujuh di Gunung Matchinchang, Langkawi.


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan seramai 23 pegawai dan 68 anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan APMM telahpun diaktifkan untuk mencari mangsa.


Jelasnya, pencarian turut dibantu menggunakan helikopter milik PDRM dan APMM. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com