Thursday, 28, March, 2024
Utama Nasional “Anak muda perlu kaji sebelum buat keputusan”

“Anak muda perlu kaji sebelum buat keputusan”

oleh Ammar Haziq
Anwar menyantuni para pendidik dan orang muda dalam satu program dialog di Kolej Vokasional Langkawi pada Rabu.

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap golongan muda melihat dan mengkaji sesuatu informasi atau maklumat sebelum membuat sebarang keputusan.

Menurutnya, anak muda seharusnya tidak hanya menjadi ‘pak turut’ kepada mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka.

“Ada anak muda tetapi perangai lebih teruk daripada orang tua, ada anak muda tetapi menjadi tali barut atau pencacai.

Apa erti anak muda sebegitu, menjadi anak muda ikut sahaja sebagai macai tidak berfikir, ataupun sebagai walaun.

“Anak muda kita (mahukan adalah mempunyai) nilai dari segi keyakinan dan minat hendak bawa perubahan, minat dalam menimba ilmu, minat dan cita-cita membawa kebaikan, itu yang disebut idealisme,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata demikian semasa Sesi Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi, pada Rabu.

Beliau menzahirkan harapan agar golongan muda tidak tertipu dengan propaganda politik oleh sesetengah pihak tertentu selain perlu dilatih untuk membuat penilaian dengan baik terhadap sesuatu perkara.

“Dalam memilih (atau) mengundi, kalau sokong Anwar, dia akan sokong LGBT, kalau sokong Anwar, Cina akan berkuasa, ini tidak betul.

“Ini jadi masalahnya (sebenarnya), maknanya kita (semua terutama orang muda) tertipu dengan propaganda politik, (contohnya) pada masa kempen (PRU-15), mereka kata kalau sokong Anwar, Islam akan dibenamkan, (semua itu tidak benar).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com