ALOR SETAR – Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu propaganda yang mengaitkan dirinya bakal menjadi Menteri Besar Kedah sekali lagi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) dihentikan dengan segera.
“Saya tidak sama sekali akan jadi MB Kedah sekali lagi. Sila hentikan propaganda karut itu. Rakyat tak bodoh seperti yg kau fikirkan,” katanya yang dipetik melalui Facebook rasmi beliau.
Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Jitra itu mendapat reaksi netizen yang menyifatkan antara bekas MB Kedah yang baik pernah mentadbir Negeri tersebut.
Mukhriz tampil menjelaskan keadaan apabila tular banyak khabar angin di media sosial bahawa beliau bakal mengantikan MB Kedah sekarang, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas PRN selesai.