PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terima kasih dengan pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak dalam memastikan keamanan negara ini.
Katanya, keamanan negara yang dinikmati ketika ini adalah berkat kesabaran dan ketenangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Selamat semua, tenang semua, sabar semua semangat pengorbanan semua, InsyaAllah. Selamat negara selamat umat,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Masjid Putra, Putrajaya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di sini, Hlhari ini.
Terdahulu, Anwar tiba dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira jam 8.19 pagi disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Ini merupakan kali pertama Anwar menunaikan solat sunat Aidiladha bersama warga Putrajaya selepas menjawat jawatan itu pada November lalu.
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.