Saturday, 4, May, 2024
Utama Nasional Rakyat diminta ketepikan ego, hayati pengorbanan Nabi Ibrahim

Rakyat diminta ketepikan ego, hayati pengorbanan Nabi Ibrahim

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Rakyat di negara ini diminta untuk mengetepikan ego, kepentingan kaum kerabat dan keluarga demi kekuatan negara tanpa mengira bangsa terutama dalam membantu mereka yang lemah dan terpinggir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai umat Islam, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isteri baginda Hajar dan anak baginda Nabi Ismail dalam menunaikan ketaatan kepada Allah perlu dihayati dan diteladani.

“Ini tekad dan sumpah kita.Bersama kita satukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyatnya.

“Kepada rakyat Malaysia yang menunaikan haji di tanah suci saya mendoakan agar beroleh haji yang mabrur dan semoga selamat pulang ke tanah air,” katanya dalam perutusan Aidiladha menerusi Facebooknya hari ini.Perdana Menteri berkatatanggal 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah korban sempena memperingati pengorbanan suci Nabi Ibrahim dan keluarga baginda.

Perdana Menteri berkata, tanggal 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah korban sempena memperingati pengorbanan suci Nabi Ibrahim dan keluarga baginda.

“Meski serba kekurangan, di tanah serba gersang dalam daerah yang sepi tidak berpenghuni, namun hakikatnya tetap subur dibasahi keimanan dan kasih sayang serta keikhlasan jiwa menurut perintah yang Maha Esa.

“Pengorbanan inilah yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan suci mengembalikan maruah umat dan menjamin keadilan buat semua,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com