Wednesday, 4, December, 2024
Utama Nasional PM ucap tahniah kepada Qari Malaysia, semua pemenang

PM ucap tahniah kepada Qari Malaysia, semua pemenang

oleh admin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M malam tadi.

Muhammad Qayyim, yang juga orang kurang upaya penglihatan sejak lahir muncul johan dengan catatan markah 94.96 peratus.

Tempat kedua dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus manakala Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan 90.38 peratus.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa, dengan pengurniaan hadiah daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau.

Anwar turut berharap semoga majlis seperti itu bukan sahaja memuliakan Al-Quran, malah dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam kitab suci umat Islam itu.

Bagi kategori qariah, peserta Maghribi Sara Belmamoun muncul johan dengan markah 93.05 peratus, tempat kedua Raudhah Supian Noor dari Indonesia dengan 92.21 peratus manakala peserta Filipina Sabaha Pato Salik di tempat ketiga dengan 91.50 peratus.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com