Wednesday, 4, December, 2024
Utama Nasional Ramai pemimpin negara nantikan ucapan sulung Anwar di UNGA ke-78

Ramai pemimpin negara nantikan ucapan sulung Anwar di UNGA ke-78

oleh Ammar Haziq

NEW YORK: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat penampilan sulung di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 sebagai Perdana Menteri ke-10 di sini minggu ini.

Perhimpunan Agung PBB atau United Nations General Assembly (UNGA) adalah mesyuarat tahunan PBB yang dianggotai 193 negara dan dua negara pemerhati.

Menerusi laporan Berita Harian, Malaysia menjadi negara ke-82 menyertainya pada 17 September 1957, tidak lama selepas hari kemerdekaan pada 31 Ogos tahun yang sama.

UNGA lazimnya dihadiri oleh ketua kerajaan, ketua negara atau wakil untuk berbincang mengenai pelbagai isu dan perkara untuk kepentingan sejagat. Mereka juga akan menyampaikan kenyataan negara masing-masing.

Lebih 140 ketua kerajaan dan ketua negara dijadual hadir, enam naib presiden, empat Timbalan Perdana Menteri, lebih 30 menteri akan berdiri di pentas UNGA untuk menyampaikan kenyataan negara.

Setakat ini disahkan sebanyak 99 ketua negara, 58 ketua kerajaan dan 35 Menteri dijangka akan menyampaikan kenyataan negara masing-masing pada sesi Debat Umum yang akan bermula pada 19 September sehingga 26 September.

Semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini pernah menghadiri perhimpunan terbesar pemimpin negara anggota PBB itu. Namun beberapa kali pernah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri atau Menteri apabila Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com