Tuesday, 17, September, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Mengaku buat tuntutan palsu RM44,600 Program Penjana 2.0 Perkeso Kerjaya

Mengaku buat tuntutan palsu RM44,600 Program Penjana 2.0 Perkeso Kerjaya

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Seorang pemilik syarikat didenda RM44,600 selepas mengaku bersalah membuat tuntutan palsu berjumlah RM44,600 di bawah Program Penjana 2.0 Perkeso Kerjaya pada tahun 2021.

Tertuduh Muhammad Asyraf Omar, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan itu dibacakan jurubahasa terhadapnya di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Selasa.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan hukuman nanti.

Mengikut pertuduhan pilihan, Muhammad Asyraf dituduh dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu dokumen Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja (Hiring Insentive Program) atas nama Perusahaan Syarikat Asyraf Omar Legacy No Kod Majikan D6102101219Z bertarikh 11 Mei 2021.

Ia bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana 2.0 PERKESO Kerjaya berjumlah RM44,600 kepada ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.

Kesalan itu dilakukan di Unit Pegawai Pekhidmatan Pekerjaan, PERKESO Kedah di sini pada 16 Mei 2021.

Lelaki tersebut dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama iaitu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rehab Abdul Shukur manakala tertuduh diwakili Peguam Muhaimin Hashim. 

Hakim menetapkan 7 Nov depan untuk fakta kes dan hukuman ke atas tertuduh.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com