Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Malaysia, Palestin sepakat perlu ada usaha hentikan keganasan di Gaza

Malaysia, Palestin sepakat perlu ada usaha hentikan keganasan di Gaza

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan di Gaza ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan itu disuarakan semasa perbualan telefon antara beliau dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin,” kata Anwar menerusi catatan di akaun X beliau.

Perdana Menteri berkata, beliau juga menerima penjelasan mengenai serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam dan bersama-sama dengan Abbas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Perdana Menteri kini berada di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Malaysia adalah penyelaras ASEAN bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, yang bertujuan mengoptimumkan kerjasama antara kedua-dua pertubuhan serantau itu.

Sidang kemuncak itu dijangka membincangkan konflik Israel-Palestin dan mencari jalan untuk menoktahkan penderitaan penduduk Gaza susulan tindakan ketenteraan terkini oleh rejim Zionis.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com