Monday, 29, April, 2024
Utama Sukan Enam bahagian Pemuda UMNO Kedah berentap di padang bola sepak lapan sebelah

Enam bahagian Pemuda UMNO Kedah berentap di padang bola sepak lapan sebelah

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Biro Sukan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak lapan sebelah melibatkan enam bahagian pemuda UMNO di Kedah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Farhan Ahmad berkata, perlawanan yang diadakan di Sena Sentral Football (Belakang Econsave Pokok Sena) juga diserikan dengan semua ahli dan penyokong pada malam Jumaat.

Menurutnya, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang terlibat adalah Pokok Sena ,Padang Terap ,Kubang Pasu ,Pendang ,Alor Setar dan Jerai.

“Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kekitaan, kesihatan dan kecergasan di kalangan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO di enam bahagian ini.

“Jom kita beramai-ramai hadir dan berkenalan dengan kepimpinan Pemuda enam Bahagian di Kedah yang berjiwa muda, bersemangat tinggi dan berwawasan luas,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com