Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Tuntut gencatan senjata, kutuk serangan Zionis ke atas Palestin

Tuntut gencatan senjata, kutuk serangan Zionis ke atas Palestin

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menyatakan pendirian tegas mengutuk serangan rejim Zionis Israel ke atas Palestin pada Perhimpunan Bersama Palestin yang bakal diadakan, pada malam Selasa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersatu sebagai satu pasukan yang padu dan utuh dalam memperjuangkan isu Palestin dalam perhimpunan yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu.

“Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang telah dialami selama ini. Jumpa malam nanti!” katanya dalam satu kenyataan di laman media sosial pada Selasa.

Pada Isnin lalu, Anwar yang baharu pulang daripada lawatan kerja ke Arab Saudi, Turki dan Mesir mengajak rakyat Malaysia menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.

Menerusi poster dikongsi dalam hantaran itu, perhimpunan itu dijadualkan berlangsung mulai jam 7.30 malam hingga 10.30 malam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com