SUNGAI PETANI – Rutin harian yang padat menguruskan lima orang anak termasuk sepasang kembar memberi ilham kepada seorang wanita untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang ringkas dan berkesan.
Menurut Yuslizawati Yusoff, 38, produk yang dihasilkan mampu membantu wanita yang bekerjaya mahu pun suri rumah untuk tampil jelita dengan hanya menggunakan satu krim sahaja sekali gus dapat menjimatkan masa mereka.
Katanya idea itu timbul ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dua tahun lalu selepas melihat ramai menghadapi masalah kulit samada disebabkan pelitup muka, cuaca panas dan penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan terlarang terutama merkuri dan hidrokuinon.
“Saya yakin kesibukan bekerja serta menguruskan anak-anak menyebabkan wanita sentiasa hendak cepat, jadi saya tawarkan produk ini untuk jimatkan masa kita dan tidak leceh.
“Dah tak perlu pakai toner, pelembab, krim pelindung matahari dan sebagainya. Jika nak pergi kerja atau berada di rumah, memadai hanya guna krim ini yang saya namakan ‘UV Glow Cream.
“Lepas pakai sudah boleh keluar rumah tanpa perlu bimbang, wajah akan nampak glowing dan dilindungi dari cahaya matahari” katanya ketika ditemui selepas melancarkan produk berkenaan di sebuah spa di sini baru-baru ini.
Yuslizawati berkata menggunakan slogan Comey Lotey Segak Sokmo, produk Yus Beauty miliknya itu turut disertakan dengan sabun pencuci muka yang dinamakan ‘Brightening Pearl Bar’.
Katanya penghasilan UV Glow Cream Yus Beauty hanya menggunakan bahan alami dan premium seperti ekstrak daun pegaga, daun rosemary, alpha arbhutin dan glutathione.
“Manakala untuk Brightening Pearl Bar, saya gunakan serbuk mutiara, niacinamide, alpha arbhutin dan glutathione.
” Kesemua bahan-bahan ini akan membantu untuk melindungi kulit dari cahaya matahari, melambatkan penuaan wajah, melembabkan serta menghaluskan kulit, mengecilkan jerawat dan lain-lain.
“Paling penting, produk ini halal, mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dihasilkan di kilang yang mempunyai taraf Amalan Pengilangan Baik (GMP).
“Orang ramai boleh dapatkan produk saya sekarang dengan harga RM49.90 sahaja untuk satu set produk saya iaitu UV Glow Cream yang disertakan dengan sabun.
“Saya yakin ramai akan berpuas hati kerana kulit akan terasa nyaman dan lembut sebaik sahaja dioleskan ke wajah,” katanya.
Mereka yang ingin mendapatkan produk ini boleh melayari media sosial Yus Beauty di Tiktok yusbeautyhq, Instagram Yusbeautyhq atau WhatsApp 0147853981.