Tuesday, 7, May, 2024
Utama Sukan Aksi pemanas pramusim : KDA FC mudah belasah Penang U23 4-0

Aksi pemanas pramusim : KDA FC mudah belasah Penang U23 4-0

oleh Ammar Haziq

Kedah Darul Aman (KDA) FC tidak mempunyai masalah untuk membelasah skuad Penang FC bawah 23 tahun 4-0 pada aksi pertama pramusim 2024-2025 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada malam Jumaat.

Perlawanan latihan tersebut digunakan sebaiknya oleh pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain untuk membina momentum pemain dari aspek kecergasan dan keserasian dalam persiapan musim ini.

Seramai 1,656 penyokong setia memenuhi pekarangan padang Stadium Sultan Abdul Halim untuk memberikan sokongan padu termasuk lebih 800 penyokong yang menonton secara langsung yang disiarkan dalam talian.

Biarpun bolos empat gol, pemain pasukan pelawat turut mempamerkan aksi bernafsu dengan mutu permainan seimbang yang berjaya menguji barisan pemain Sang Kenari yang dibarisi pemain berpengalaman.

Beberapa pemain dari skuad Harimau Kumbang dilihat berpotensi melalui kekentalan fizikal dan mengatur serangan ke gawang KDA FC.

Gol sang Kenari diperolehi menerusi Akmal Md Zahir pada minit ke-15, Loqman Hakim minit ke-58, Rizal Ghazali minit ke-84 dan Syafiq Ahmad minit ke-86.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com