Sunday, 8, September, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah 10 PATI warga Myanmar ‘kantoi’ di sempadan negara

10 PATI warga Myanmar ‘kantoi’ di sempadan negara

oleh Ammar Haziq

BUKIT KAYU HITAM – Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berjaya menahan 10 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar yang cuba meloloskan diri ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

“Dalam kejadian jam 03.40 petang, pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan dan menahan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan di kawasan kebun getah di sempadan Malaysia-Thailand.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 10 orang awam terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan berumur antara 21 hingga 49 tahun merupakan warganegara Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan cuba masuk ke
Malaysia melalui laluan haram di sempadan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, turut dirampas adalah enam buah telefon bimbit, 12 buah beg, satu passport palsu dan wang tunai dalam matawang Thailand dan Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM 3,326.23.

“Semua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam. Pasukan beroperasi akan terus memastikan keselamatan sempadan negara daripada aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI,”ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com