Sunday, 14, July, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah 700 kg daun ketum gagal diseludup ke Thailand

700 kg daun ketum gagal diseludup ke Thailand

oleh Ammar Haziq


KUALA NERANG – Sebanyak 70 buah bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 700 kikogram (kg) berjaya dirampas Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) di sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini.


Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, pasukan beroperasi Tentera Darat menemui bungkusan daun ketum yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand pada Sabtu.


Menurutnya, pada jam 06.30 pagi, pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan Pos Pemerhati dan Pendengaran telah menemui sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Mitsubishi Pajero yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan.


“Hasil siasatan mendapati 70 buah bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 700 kg dengan anggaran nilai sebanyak RM RM56,000 berada di dalam kenderaan tersebut,” katanya pada Ahad.


Jelasnya, kesemua bungkusan dan kenderaan tersebut dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM 81,000 telah diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.


“Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com