Sunday, 8, September, 2024
Utama Sukan Pan-gon jelas maksud ‘bahaya’, ramai salah faham

Pan-gon jelas maksud ‘bahaya’, ramai salah faham

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tampil menjelaskan pemilihan perkataan ‘bahaya’ yang menimbulkan polemik di media sosial selepas menjadi tajuk berita-berita utama.

Perkara itu didedahkan beliau semasa pertemuan dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan pemilik akaun X, @RimauXI di sebuah hotel terkemuka ibu negara pada semalam.

Menurutnya, penguasaan Bahasa Inggerisnya yang kurang baik menyebabkan beliau memilih perkataan

tersebut pada sidang media khas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Ia lebih kepada taktikal dan pembangunan pasukan, ia tidak sesuai didedahkan. 

“Saya tak pernah rasa tak selamat tinggal di Malaysia dan mungkin sebab penguasaan Bahasa Inggeris kurang baik salah faham telah terjadi (pemilihan perkataan bahaya),’ katanya.

Hadir sama pada pertemuan tersebut adalah Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi dan beberapa wakil media.

Sebelum ini, media melaporkan Pan-gon memilih pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar yang mendorong beliau meletakkan jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya.

Bekas jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun berkata, sebab pengunduran telah dimaklumkan kepada Presiden FAM.

“Ia alasan yang tak boleh di kongsikan di sini, ‘bahaya’.

“Datuk Presiden tahu semuanya, tapi tak perlu tanya dia lagi. Semua sudah selesai.

“Saya telah beritahu Datuk presiden segalanya, di mana saya tidak boleh beritahu anda di sini. Beliau tahu segalanya,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com