Friday, 18, October, 2024
Utama Ekonomi Triumph Point belanja RM10 juta buka pusat 3S PERODUA lebih selesa

Triumph Point belanja RM10 juta buka pusat 3S PERODUA lebih selesa

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Sebanyak RM10 juta dibelanjakan oleh Syarikat pengedar sah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Triumph Point (M) Sdn Bhd bagi membangunkan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) kenderaan itu di Titi Gajah, dekat sini.

Pengarahnya, Datuk Ismail Lall Khan berkata, bangunan satu tingkat berkeluasan 2,500 meter persegi itu telahpun berpoerasi sejak Mac lalu dengan menawarkan kemudahan serta perkhidmatan yang lebih selesa untuk pelanggan PERODUA.

Menurutnya, perancangan pembinaan bangunan berkenaan telah tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Tapi kini bangunan ini akhirnya berjaya disiapkan dengan pelbagai kemudahan disediakan termasuk surau yang boleh menempatkan hingga 100 jemaah pada satu-satu masa.

“Sebelum ini, kami beroperasi di Taman Pandan dan berpindah ke sini sejak Januari tahun ini sebelum pusat 3S ini memulakan operasi pada Mac lalu. Pusat 3S ini telah diiktiraf mengikut standard operasi baharu dan itu sudah tentu memberi semangat kepada kami di Triumph Point,” katanya.

Ismail Lall berkata demikian selepas ditemui selepas majlis perasmian bangunan tersebut yang disempurnakan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mustaffa; Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Yusri Md Daud dan Pengarah Sumber Manusia Perodua Sales Sdn Bhd, Zarina Mansor.

Jelas Ismail Lall, pada tahun lalu Triumph Point (M) Sdn Bhd berjaya mencapai jualan kenderaan sebanyak 2,488 unit dan menyasarkan angka itu dapat ditingkat pada tahun ini dan tahun depan.

“PERODUA menetapkan kouta bergantung kepada prestasi jualan, tapi sudah tentu kami sebagai pengedar rasmi mengharapkan lebih lagi jualan. Harapan kami dapat mencapai jualan lebih daripada 2,500 unit atau lebih lagi,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com