Thursday, 19, September, 2024
Utama Negeri Rampasan 3,000 kg keratan ayam sejuk beku jadi makanan ikan keli

Rampasan 3,000 kg keratan ayam sejuk beku jadi makanan ikan keli

oleh Ammar Haziq

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah telah memberi sumbangan bekalan makanan haiwan bernilai lebih RM24,120 kepada pihak Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Machang, Kelantan di pintu Masuk Bukit Kayu Hitam, Selasa lalu.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri Kedah, Hisham Abu Bakar, sejumlah 3,000 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM24,120.00 telah diserahkan kepada pihak Pusat Pemulihan Akhlak itu bagi memenuhi keperluan bekalan bahan mentah makanan ternakan ikan keli.

“Kemua serahan ini adalah daripada hasil sitaan pengimportan keluaran pertanian yang telah melalui proses undang-undang dan yang telah dilucuthakkan kerana tidak mematuhi aspek perundangan seperti mana yang tertakluk di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“MAQIS tidak akan berkompromi terhadap semua barang dagangan yang melibatkan isu biosekuriti terutamanya yang melibatkan aspek halal,” katanya.

Dalam pada itu, pegawai MAQIS di pintu masuk negara akan terus komited dan tegas dalam melakukan penguatkuasaan terhadap setiap pengimportan keluaran pertanian.

Sehubungan itu, pihak MAQIS akan turut memberi kerjasama dalam pelbagai aspek dan diharap usaha ini dapat membantu jabatan dan agensi yang memerlukan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com