Tuesday, 17, September, 2024
Utama Negeri Ibu MB Kedah meninggal dunia

Ibu MB Kedah meninggal dunia

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),di sini, pada Khamis.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim berkata demikian dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui pesanan WhatsApp kepada pemberita.

“Al-Fatihah. Bonda Menteri Besar Kedah, Meriam Ahmad, telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.40 pagi  di HSB,”katanya pada Khamis.

Menurutnya, urusan pengebumian dan solat jenazah Allahyarhamah Meriam Ahmad, 74, akan dilakukan pada petang Khamis.

Terdahulu, media melaporkan Allahyarhamah sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sejak Isnin.

Meriam Ahmad ditidurkan sejak Isnin dipercayai mengalami masalah jantung semasa berada di rumahnya, di Sik.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com