Tuesday, 17, September, 2024
Utama Sukan Belasah Selangor 6-1 : JDT mampu jaring gol lagi jika ada masa – Hector

Belasah Selangor 6-1 : JDT mampu jaring gol lagi jika ada masa – Hector

oleh Ammar Haziq

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio percaya pasukannya mampu menjaringkan lebih banyak gol pada final Piala FA 2024 jika diberikan lebih masa pada perlawanan tersebut.

Keputusan 6-1 semasa membelasah Selangor FC disifatkan beliau boleh berubah jika juara bertahan itu mempunyai lebih kurang 10 minit lagi

“Saya tidak tahu jika permainan berlangsung 10 minit lagi, mungkin kami akan terus jaringkan gol kerana secara fizikal JDT adalah sangat bagus. Kami juga bermain dengan baik.

“Tetapi, ini adalah bola sepak saya tidak tahu apa akan terjadi jika permainan diteruskan. Tetapi, saya sangat gembira kerana pemain menunjukkan persembahan baik malam ini,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, , Juan Muniz meledakkan jaringan hatrikn pada minit ke-26, 67′ dan 89′ dalam aksi final berintensiti tinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Tiga lagi gol JDT dijaringkan Arif Aiman (42′), Bergson (62′) dan Heberty Fernandes (76′).

Manakala Selangor FC pula meraih gol saguhati menerusi Alvin Fortes pada minit ke-59′.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com