Tuesday, 17, September, 2024
Utama Negeri Nik Ezanee dilantik Ketua JPJKK Kedah yang baharu

Nik Ezanee dilantik Ketua JPJKK Kedah yang baharu

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Nik Ezanee sebelum ini menggalas tugas sebagai Penolong Pengarah E8, Bukit Aman menerima tugas menggantikan Asisten Komisioner S Markandan yang memangku jawatan itu sebelum ini.

Majlis penyerahan tugas tersebut disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini.

Fisol dalam ucapannya pula berkata, semua pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah diingatkan agar supaya berkerja dengan lebih amanah, berganding bahu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Menurutnya, beliau berharap semua pihak dapat mengembelingkan semua tenaga tidak kira walau daripada jabatan mana sekalipun bagi menyelesaikan apa jua kes yang berlaku sehingga berjaya bagi mengembalikan keyakinan masyarakat dan meningkatkan imej PDRM.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com