Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Ibu bayi 7 bulan maut digilis lori treler

Ibu bayi 7 bulan maut digilis lori treler

oleh Ammar Haziq
Suasana hiba di lokasi kejadian apabila suami memeluk jenazah isterinya di dalam hujan.

KULIM – Seorang ibu yang baharu bergelar ibu sejak 7 bulan lalu maut digilis lori treler semasa dalam perjalanannya di Jalan Sungai Ular, dekat sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Mangsa, Nur Almass Zasmi 23 yang bekerja sebagai operator kilang datang dari arah serdang ke sungai ular, manakala sebuah trellar datang dari arah bertentangan.

Lebih memilukan apabila mangsa yang merupakan oku bisu telah melangsungkan pernikahan dengan pasangan yang juga oku bisu pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia 7 bulan.

Difahamkan suami mangsa yang kebetulan melalui jalan tersebut terus meluru ke arah mangsa dan memeluk tubuh mangsa di dalam keadaan hujan turun.

Ketua polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, berkata, semasa kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas dan terjatuh diatas jalan sebelum masuk kebawah lori treler sebelum di gilis tayar belakang.

“Mangsa cedera parah di kepala telah maut ditempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospitak kulim untuk di bedah siasat.

“kes akan disiasat dibawah seksyen 41(1) APJ 1987,”katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com