Thursday, 24, October, 2024
Utama Sukan UMPSA menang rusa hidup cabutan bertuah Golf Universiti Awam

UMPSA menang rusa hidup cabutan bertuah Golf Universiti Awam

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Penyampaian hadiah untuk Kejohanan Golf Antara Universiti Awam ke-51 di Kelab Golf Sultan Sallehuddin UUM (KGSS) dikejutkan dengan pemberian seekor rusa hidup dimenangi oleh Datuk Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).


UUM sebagai tuan rumah menghadiahkan satu rusa hidup bagi cabutan bertuah nombor 40 sempena sambutan UUM ke-40 tahun.


Kojohanan selama dua hari itu diadakan di tiga lokasi iaitu di KGSS UUM, Darulaman Golf & Country Club di Jitra dan Cinta Sayang Golf & Country Club di Sungai Petani.


Izwan Hasli kemudian mengumumkan untuk menyerahkan hadiah rusa itu kepada UMPSA untuk dibela.


Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Dr Mohd Shukur Mahfar menyampaikan hadiah kepada Izwan Hazli di kejohanan di KGSS UUM, sambil disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr Mohd Foad Sakdan.


Sementera itu, cabutan bertuah tempat pertama berupa Samsung Tab dimenangi oleh Prof Ts. Dr Kadir Arifin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala tempat ekdua berupa TV 16 inci dimenangi Prof Dr Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Mohd Foad berkata, kejohanan kali ini sangat bertepatan dengan sambutan UUM ke-40 tahun.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja khususnya penaja utama UUM Holdings yang sudi memberikan RM30,000 untuk menjayakan kejohanan ini.


“Kita mengharapkan semua pemain bukan sahaja gembira dengan penganjuran kali ini, tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara universiti awam di negara ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com