Thursday, 21, November, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Aktivis politik antara tiga direman disyaki minta, terima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti

Aktivis politik antara tiga direman disyaki minta, terima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti. 

Tujuannya tersebut kononnya bagi membantu menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) membabitkan pendakwah itu yang sedang dalam siasatan polis.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali mengeluarkan perintah reman selama empat hari  sehingga 9 November ini  terhadap ketiga-tiga suspek selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Alor Setar pada pagi Rabu. 

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki yang berusia antara 30 hingga  50-an telah ditahan antara jam 12 tengah hari  hingga 5 petang semalam dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Bedong dan di Pejabat SPRM Kedah .

“Siasatan awal dipercayai kesemua suspek bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000 tetapi mereka hanya menerima RM20,000 tunai daripada pendakwah tersebut,” katanya   

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah , Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi  mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com