Thursday, 21, November, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Pemilik restoran ayam kunyit RM20 di Langkawi didenda RM10,000

Pemilik restoran ayam kunyit RM20 di Langkawi didenda RM10,000

oleh Ammar Haziq

LANGKAWI – Seorang pemilik restoran di Langkawi didenda RM10,000 kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan, seperti yang dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Asyuni Mastura Basri, 22, membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Allan Suman Pillai, di Mahkamah Majistret, di sini selepas didakwa atas kesalahan tidak menyimpan resit dan rekod jualan dari Januari 2021 hingga 30 November 2023.

Kes ini dikendalikan mengikut Seksyen 53A(3) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, premis Danau Bingkuong Enterprise milik tertuduh menjual masakan ayam goreng kunyit pada harga RM20, dan isu ini menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengadu pada 14 Januari lalu.

Selepas siasatan dilakukan , Asyuni didapati gagal mematuhi arahan pihak berkuasa untuk mengemukakan invois jualan dan belian produk mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa KPDN, Mohamad Hezrin Abd Wahab, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 bulan jika dia gagal membayar denda yang ditetapkan ke atasnya dan kemudiannya tertuduh membayar denda berkenaan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com