Thursday, 3, April, 2025
Utama Negeri E-Idaman perkenalkan vakum jalanan elektrik

E-Idaman perkenalkan vakum jalanan elektrik

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – E-Idaman Sdn Bhd (EISB) telah memperkenalkan mesin Vakum Jalanan Elektrik yang lebih mesra alam untuk kerja-kerja pembersihan awam di jalan-jalan utama pusat bandar Alor Setar.

Jentera yang dikenali sebagai Glutton Vacuum ini, dengan kekuatan sedutan 6 psi, mampu menyedut sisa seberat satu kilogram, termasuk batu-batu kecil, daun-daun, serta sampah-sampah kecil. Dilengkapi dengan tong sisa beroda dan kawalan secara automatik, mesin ini dapat membantu menjimatkan masa kerja.

Pembelian tiga unit jentera ini adalah sebahagian daripada inisiatif E-Idaman dan pembuktian konsep penggunaan teknologi EV (Electric Vehicle) dalam usaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatan syarikat, khususnya perkhidmatan pembersihan awam kepada masyarakat serta memastikan kesejahteraan dan kebersihan.

Jentera mini kompak yang seberat 365 kg ini mempunyai kuasa bateri selama 16 jam dengan kekuatan sedutan yang tinggi. Mesin ini juga dilengkapi dengan tong bersaiz 240 liter untuk menyimpan sisa yang disedut. Ia juga mempunyai sistem nyahkuman serta pewangi bagi memastikan kebersihan semasa aktiviti pembersihan.

Glutton Vacuum mampu dikendalikan oleh seorang atau dua orang pekerja pada satu-satu masa dan mempunyai kelajuan yang boleh dilaraskan antara 0 hingga 6 km/j untuk pergerakan ke hadapan dan antara 0 hingga 3 km/j untuk berundur.

Vakum Jalanan Elektrik ini adalah yang pertama dibeli oleh syarikat, sesuai dengan visi syarikat untuk memelihara sumber alam (“Preserving Our Environment”).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com