Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri UUM bantu pelajar mahu berhenti belajar jaga emak kanser, ayah polio

UUM bantu pelajar mahu berhenti belajar jaga emak kanser, ayah polio

oleh Ammar Haziq

SINTOK : Seorang anak tunggal pelajar baharu UUM, Tan Kun memohon berhenti pengajian kerana mahu menjaga ibunya yang didapati kanser tahap tiga, manakala bapanya bertongkat untuk berjalan.

Menyedari perkara ini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed terus bergegas ke Taman Murai Jaya, Simpang Ampat Pulau Pinang untuk mengetahui perincian masalah pelajar berkenaan.

“Beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti pengajian dan pulang ke rumah untuk menjaga emaknya yg menjalani rawatan kanser tahap 3 dan bapanya yang menghidapi penyakit polio serta terpaksa berjalan menggunakan tongkat.”

“Menyedari kesusahan kehidupan beliau, Naib Canselor, Prof Dr Mohd Foad Sakdan telah bersetuju untuk meletakkan beliau di bawah Program Sulong 2.0 di mana UUM akan membiayai kos yuran pengajian beliau sehingga beliau tamat pengajian.

“Naib Canselor turut meminta HEP untuk membantu beliau jika terdapat sebarang keperluan lain yg difikirkan sesuai,” katanya.

Tan Kun mengambil program Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM).

Dalam lawatan bersama-sama dengan Dekan HEP UUM , Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin; Pengetua Inasis Dr Asmat Mat dan Penolong Pengetua, Meor Mohammad Afif Aiman Abu Bakar, Dr Martadha turut membawa bakul rahmah untuk keluarga Tan Kun.

Sementara itu, Dr Mohd Foad ketika bertemu pelajar berkenaan di kafetaria Tradewinds dengan Tan Kun petang semalam berkata, ayahnya Tan Beng Kuang bersetuju supaya anaknya meneruskan pengajian sehingga menggengam ijazah.

“Universiti akan cuba sedaya mungkin untuk membantu Tan Kun sehingga beliau berjaya menamatkan pengajian dan UUM menyedari masalah yang dihadapi ibu bapanya dalam menyara pengajian beliau.

“Inilah sebabnya Tan Kun akan dibiayai oleh universiti melalui Program Sulung 2.0 yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya. – UUM ONLINE

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com