Wednesday, 2, April, 2025
Utama Ekonomi Rangsang ekonomi menerusi DDI – PM

Rangsang ekonomi menerusi DDI – PM

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap
syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ini kerana kerajaan bukan sahaja memberi penekanan dan petunjuk prestasi utama (KPI) serta keuntungan semata-mata tetapi pendekatan yang disebut “GEAR-uP”.

“‘GEAR-uP’ iaitu enam GLIC dan seluruh kekuatan GLIC melabur sekitar RM120 bilion dalam masa lima tahun (RM25 bilion bagi tahun ini) yang akan menjana pertumbuhan ekonomi selain daripada belanjawan yang telah diluluskan.

“Ini merupakan belanjawan pembangunan yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang lalu,” kata beliau semasa waktu pertanyaan lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai fokus terkini KPI GLC dan GLIC bagi memastikan sumbangan dividen dapat mengukuhkan anggaran pendapatan kerajaan bagi 2025.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com