Wednesday, 16, April, 2025
Utama Nasional Liputan internet di Ayer Kuning bertambah baik

Liputan internet di Ayer Kuning bertambah baik

oleh Ammar Haziq

TAPAH:Para petugas pilihan raya dan juga media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning lega apabila liputan internet di kawasan itu bertambah baik selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) campur tangan.

Mereka menzahirkan ucapan terima kasih kepada SKMM atas tindakan yang diambil untuk mengatasi perkara itu.

“Alhamdulillah, internet di sini baik-baik sahaja ketika saya membuat liputan, takda sangkut-sangkut,” kata Wan Zahari Wan Salleh yang membuat liputan di hari penamaan calon di PRK Air Kuning.

Sementara itu, petugas pilihan raya yang datang ke sini juga memaklumkan, isu internet tidak berbangkit sangat di kawasan ini.

“Liputan internet ok je kat sini kecuali kawasan luar sikit adalah sangkut-sangkut,” kata Shahril Muhamad petugas PH dari Kuala Lumpur.

Sebelum ini Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegur mengenai masalah liputan internet dan telekomunikasi yang tidak memuaskan di 27 lokasi dalam DUN Ayer Kuning.

Atas teguran itu, SKMM telah mengambil tindakan pantas mengarahkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi memastikan liputan internet berada pada tahap memuaskan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com