Tuesday, 14, May, 2024
Utama Nasional Rombakan Kabinet tidak terlalu mendesak-Anwar

Rombakan Kabinet tidak terlalu mendesak-Anwar

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan rombakan Kabinet ketika ini tidak terlalu mendesak kerana hanya terdapat satu kekosongan jawatan menteri yang perlu diisi iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang disandang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai perkara itu ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

“(Menghadap) Yang di-Pertuan Agong ini, saya memang (rutin) mingguan.

“(Rombakan Kabinet?) Mungkin ia… mungkin saya terfikir. Tak mendesak sangat sebab yang kosong satu, saya dah minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh memberikan perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH), di Menara TH, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kemungkinan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat melibatkan beberapa kementerian selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com