Monday, 12, May, 2025
Utama Nasional Ibu Tunjang Generasi Madani – PM

Ibu Tunjang Generasi Madani – PM

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada seluruh wanita yang bergelar ibu di Malaysia sempena sambutan Hari Ibu.

Dalam satu hantaran menyentuh hati di laman Facebook rasminya, Anwar menyanjung tinggi peranan ibu sebagai tunjang utama dalam membentuk generasi masa depan yang berakhlak, berilmu dan penuh belas ihsan.

“Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga, tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang,” katanya.

Anwar turut menyatakan bahawa kehadiran ibu adalah asas kelahiran sesebuah keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul serta berteraskan nilai madani.

Sebagai simbol penghargaan dan kasih sayang, beliau turut berkongsi sekeping gambar mesra bersama isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan ibunya, Che Yan Hussein insan yang membesarkan dan mendidiknya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com