Friday, 1, August, 2025
Utama Nasional Kota MADANI utamakan kemudahan lengkap untuk rakyat

Kota MADANI utamakan kemudahan lengkap untuk rakyat

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa konsep Kota MADANI memberi penekanan kepada penyediaan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat, demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Beliau berkata, sewaktu pembentangan konsep tersebut semalam, dimaklumkan bahawa antara kemudahan yang dirancang termasuklah sekolah menegak, institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), serta institusi kewangan.

“Selain itu, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.

“Fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata, selain itu, reka bentuk masjid dan sekolah akan menampilkan unsur budaya tempatan sejajar dengan usaha mengekalkan seni bina serta warisan.


“Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama,” kata beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com