Tuesday, 24, June, 2025
Utama Nasional Kesihatan tahap terbaik, PM boleh jalankan tugas rasmi seperti biasa

Kesihatan tahap terbaik, PM boleh jalankan tugas rasmi seperti biasa

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan berada dalam keadaan kesihatan yang sangat baik selepas menjalani pemeriksaan tahunan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pada Sabtu.

Menurut Pengarah hospital tersebut, Dr Farique Rizal Abdul Hamid, hasil pemeriksaan menyeluruh mendapati Perdana Menteri berada pada tahap kesihatan optimum dan bersedia untuk meneruskan tanggungjawab rasmi seperti biasa.

“Pemeriksaan ini adalah sebahagian daripada komitmen Perdana Menteri untuk kekal cergas dan berupaya memimpin pentadbiran negara dengan penuh dedikasi.

“Beliau boleh menjalankan tugas rasmi tanpa sebarang halangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemeriksaan kesihatan tahunan ini memperlihatkan keutamaan yang diberikan oleh Perdana Menteri terhadap kesejahteraan fizikal dan mental, sejajar dengan peranannya dalam menerajui negara.

Untuk rekod, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com