Monday, 14, July, 2025
Utama Nasional Kerajaan Pusat, Negeri perkukuh kerjasama dalam Mesyuarat MB dan KM Ke-146

Kerajaan Pusat, Negeri perkukuh kerjasama dalam Mesyuarat MB dan KM Ke-146

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 yang dipengerusikannya hari ini menjadi platform penting memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung di Putrajaya itu berperanan besar dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama.

“Menerusi sinergi ini, kita dapat memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar, menyeluruh dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Malaysia secara keseluruhan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mesyuarat tersebut menghimpunkan pemimpin utama setiap negeri bagi membincangkan pelbagai isu semasa, termasuk penyelarasan dasar pembangunan, perancangan infrastruktur, serta kerjasama strategik antara agensi pusat dan negeri.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com