Friday, 18, July, 2025
Utama Nasional PM sembah tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Brunei

PM sembah tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Brunei

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah terus dikurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui pemerintahan Negara Brunei Darussalam.

“Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat bersama buat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, insya-Allah,” katanya.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (kini dikenali sebagai Bandar Seri Begawan), dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada tahun 1967.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com