Friday, 19, April, 2024
Utama Nasional Anwar sekali lagi dakwa Kerajaan PN sudah jatuh

Anwar sekali lagi dakwa Kerajaan PN sudah jatuh

oleh Ammar Haziq

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi dakwaan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah jatuh dalam sidang media khas di di Clarke 1, Level 6, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Menurutnya, kerajaan baru pimpinannya adalah terdiri daripada majoriti muslim dan bumiputera namun menegaskan masih menjaga hak-hak semua rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Saya pohon kepada semua pihak memberikan ruang kepada Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan dan budi bicara Tuanku untuk menelaah dokumen.

“Masa perlu diberikan kepada YDPA untuk meneliti perkara ini selain memanggil ketua-ketua parti dalam tempoh sehari dua ini untuk mengesahkan dan mendapat input dan pandangan sebaiknya.

“Sokongan Ahli Parlimen kepada saya adalah lebih 120 orang. Hari ini bukan hari untuk mengesahkan kemenangan tetapi untuk menegakkan keadilan bagi menangani malapetaka COVID-19 dan memajukan ekonomi yang meyakinkan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com