Thursday, 31, July, 2025
Utama Mahkamah & Jenayah Pelantikan Ketua Hakim Negara ikut prosedur, bukan ubah saat akhir – PM

Pelantikan Ketua Hakim Negara ikut prosedur, bukan ubah saat akhir – PM

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya wujud perubahan saat akhir dalam pelantikan Ketua Hakim Negara yang diumumkan baru-baru ini.

Tegas beliau, nama tokoh yang dilantik telahpun dikemukakan lebih awal kepada Yang di-Pertuan Agong dan diperkenan baginda mengikut tatacara ditetapkan, bukannya berlaku penukaran seperti didakwa sesetengah pihak.

Anwar menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan berniat jahat untuk mempolitikkan isu pelantikan tersebut sehingga mencetus kekeliruan dalam kalangan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.

Bagi jawatan Presiden Mahkamah Rayuan pula, Datuk Abu Bakar, 63, dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersara pada 3 Julai lalu.


Manakala Datuk Azizah, 63, akan mengambil alih jawatan Ketua Hakim Negara menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang bakal bersara pada 25 Julai ini.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya memahami proses pelantikan dalam institusi kehakiman dan tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan pihak tertentu.

“Saya harap penjawat awam faham proses ini. Jangan terburu-buru membuat kesimpulan atau menghukum. Pelantikan Ketua Hakim ada prosedur, ada aturan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com