KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, genap berusia 78 tahun pada Ahad.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri, dimuat naik sebuah video berdurasi 44 saat yang merakamkan ucapan khas sempena hari istimewa beliau.
Warga kerja Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut menitipkan doa agar Anwar dikurniakan kesihatan yang baik serta kekuatan untuk terus memimpin negara.
“Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang serta terus diberi kekuatan untuk menerajui negara menuju Malaysia MADANI yang makmur, adil dan sejahtera,” tulis hantaran itu.
Anwar yang juga Presiden PKR, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November 2022.