Sunday, 5, May, 2024
Utama Nasional PM sampaikan Kenyataan Malaysia di UNGA, New York malam ini

PM sampaikan Kenyataan Malaysia di UNGA, New York malam ini

oleh Ammar Haziq
YouTube player
Video : Pejabat Perdana Menteri (PMO)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan Kenyataan Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 di New York, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Kenyataan Malaysia itu dijangka disampaikan Perdana Menteri sekitar pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan (10 malam Malaysia).

Ini merupakan kemunculan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri di perhimpunan tahunan itu.

Tema perbahasan umum tahun ini ialah Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Global: Mempercepatkan tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebelum ini berkata, Anwar akan berkongsi usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan tindakan yang diambil bagi mencapai Agenda 2030.

Lebih daripada 150 pemimpin dunia berkumpul di New York sejak Selasa lalu tanpa empat pemimpin daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan pertubuhan antarabangsa itu.

Pada tahun ini UNGA yang merupakan badan pembuat dasar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekali lagi memberi tumpuan pada isu-isu seperti krisis makanan global, kenaikan harga makanan, pemanasan global dan konflik Ukraine-Rusia.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com