Friday, 24, October, 2025
Utama Nasional PM, Kabinet meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya

PM, Kabinet meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan menteri Kabinet menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh warna-warni di Dataran Putrajaya, pagi Ahad.

Anwar yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di pentas diraja pada jam 7.52 pagi untuk menyaksikan perarakan dan pelbagai persembahan yang menjadi kemuncak acara tahun ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, tiba masing-masing pada jam 7.44 pagi dan 7.40 pagi.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; serta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bersama ahli Kabinet lain.

Sambutan kali ini yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” turut diserikan dengan kehadiran timbalan-timbalan menteri, dif kehormat dan perwakilan asing.

Acara berprestij itu menyaksikan penglibatan 14,062 peserta, 81 kontinjen, 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia, selain 116 haiwan yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com