Thursday, 4, September, 2025
Utama Nasional Hubungan Malaysia–China kekal kukuh selepas 51 tahun – Anwar

Hubungan Malaysia–China kekal kukuh selepas 51 tahun – Anwar

oleh Ammar Haziq

TIANJIN: Hubungan diplomatik Malaysia dan China yang telah menjangkau lebih separuh abad kekal utuh kerana berteraskan asas yang kukuh dan saling mempercayai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengimbas kembali detik bersejarah pada tahun 1974 apabila Malaysia menjadi negara bukan sosialis pertama di rantau ini yang mengiktiraf penubuhan Republik Rakyat China, sekali gus membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala.

Menurutnya, selepas 51 tahun, keyakinan awal itu telah berkembang menjadi hubungan strategik yang dibina atas dasar kepercayaan berterusan dan saling menghormati.

“Tiga pertemuan yang saya adakan dengan Presiden Xi Jinping termasuk yang terbaharu ketika lawatan rasmi beliau ke Kuala Lumpur pada April lalu adalah penerusan kepada perjalanan panjang ini.

“Setiap pertemuan yang berlaku terus mengangkat kesefahaman antara kedua-dua negara. Saiznya berbeza, tetapi rasa hormatnya tetap sama. Saya boleh berbicara dengan terbuka dan konsisten,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Tianjin.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com