Saturday, 27, April, 2024
Utama Nasional Stoking kalimah Allah : King Sing, Kor Ming disaran dekati jabatan agama Islam

Stoking kalimah Allah : King Sing, Kor Ming disaran dekati jabatan agama Islam

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Perumahan, Nga Kor Ming disaran mendekati Jabatan Agama Islam Malaysia supaya dapat memahami jiwa dan hati masyarkat Islam di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berkata, Isu penggunaan kalimah Allah sangat dekat di hati umat Islam.

Menurutnya, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai pemimpin muda Islam dan jurucakap bagi rakyat Islam di Malaysia, telah menunjukkan keberanian dalam menyuarakan isu stoking kalimah Allah.

“Sebagai rakyat Malaysia yang berilmu dan prihatin, kita semua tidak ingin isu agama diabaikan. Isu kalimah Allah adalah penting bagi umat Islam di Malaysia kerana ia melibatkan aspek kepercayaan dan identiti agama.

“Saya sarankan Nga Kor Ming dan Datuk Seri Tiong Sing King cuba mendekati Majlis Agama Islam supaya dapat memahami majoriti jiwa dan hati masyarkat Islam di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Farhan berkata, Jika kedua-dua menteri itu adalah seorang pemimpin yang memahami jiwa umat Islam dan Melayu, dan memiliki semangat Malaysia Madani, pasti akan mendengar serta memahami keluh kesah kami dan bukan memilih jalan menghentam pemimpin UMNO yang bersuara demi agama dan masyarakat.

“Namun saya merasakan rakyat Malaysia dapat menilai hati budi Nga Kor Ming dan Dato Seri Tiong yang melihat isu yang dibawa oleh Dr Akmal Saleh sebagai isu UMNO, bukan sebagai isu masyarakat Islam,” ujar beliau.

Pada Isnin lalu, Nga Kor Ming menggesa ketua Pemuda Umno Akmal Salleh supaya berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama berhubung kemelut stoking bercetak “Allah” yang ditemui di KK Mart.

Dia berkata reaksi Akmal adalah memudaratkan dan mungkin akan memberi kesan kepada UMNO.

Pada Selasa pula, Datuk Seri Tiong King Sing mendesak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh supaya bertindak tegas terhadap Muhammad Akmal.

Menurutnya, Kepimpinan UMNO juga didesak supaya tidak membiarkan Muhammad Akmal menggunakan platform Pemuda UMNO bagi mengejar agenda peribadi dengan menunggang isu kalimah Allah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com