Thursday, 18, September, 2025
Utama Nasional Anwar desak tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, bela Palestin

Anwar desak tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, bela Palestin

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya tindakan bersama yang lebih tegas bagi menamatkan pencerobohan Israel, mempertahankan kedaulatan negara Arab-Islam serta menjamin hak rakyat Palestin.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata perkara itu ditekankan semasa pertemuan ringkas dengan beberapa pemimpin di luar Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar.

Antara pemimpin yang ditemuinya ialah Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein; Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif; serta Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah.

“Kami menegaskan sokongan penuh terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan rakus dan biadab rejim Zionis Israel, selain memperkukuh kesepakatan untuk membela Palestin,” katanya.

Anwar menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, susulan serangan Israel terhadap Doha pada 9 September lalu.

Serangan di kawasan Leqtaifiya itu melibatkan kira-kira 15 jet pejuang Zionis yang mengorbankan enam orang, termasuk anak pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya; pengarah pejabatnya; serta seorang pegawai keselamatan Qatar, manakala pemimpin utama Hamas dilaporkan terselamat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com